Program Demonstrasi Masakan ini telah berlangsung pada 17 April 2010 (Sabtu), pukul 9.00am hingga 12.30pm bertempat di Bilik ERT, SMK Limbanak . Program ini dikendalikan oleh Biro Sosial PEWANIS Daerah Penampang iaitu Cik Sabaria Andi Ahmat dan AJK (Pn. Flavia Suimin dan Cik Imelda) dengan bantuan Pn. Lourdes Mary Batin (Setiausaha PEWANIS).
Chef bagi program ini dibawa khas daripada SMK Datuk Peter Mojuntin iaitu En. Hasbullah (guru KH) dan En. Mohd Fadley Fauzi (Kaunselor)
Chef Hasbullah dibantu oleh Chef Mohd Fadley telah menunjukkan cara-cara memasak nasi dagang n dessert puding raja.
Kehadiran peserta seramai 20 orang (terdiri daripada ahli dan bukan ahli PEWANIS) cukup memeriahkan demonstrasi yang dilangsungkan. Sementara menunggu nasi dagang siap dimasak, peserta saling bertukar-tukar cerita antara satu dengan yang lain.
Ini lah gambar masakan yang telah ditunjukkan oleh Chef Hasbullah. Sedap dipandang, lagi enak dimakan. ermmmm wangiannya amat menyelerakan, makan sepinggan nak tambah lagi :-)
Selain demonstrasi masakan, peserta juga turut disajikan dengan jamuan yang bermenukan nasi dagang dan puding raja.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Chef Hasbullah dan Chef Mohd Fadley kerana sudi berkongsi resepi bersama PEWANIS dan menyajikan kami makanan yang sungguh menyelerakan.
No comments:
Post a Comment