Saturday, April 17, 2010

Aktiviti Sosial Pertama 2010: Demonstrasi Masakan

Program Demonstrasi Masakan ini telah berlangsung pada 17 April 2010 (Sabtu), pukul 9.00am hingga 12.30pm bertempat di Bilik ERT, SMK Limbanak . Program ini dikendalikan oleh Biro Sosial PEWANIS Daerah Penampang iaitu Cik Sabaria Andi Ahmat dan AJK (Pn. Flavia Suimin dan Cik Imelda) dengan bantuan Pn. Lourdes Mary Batin (Setiausaha PEWANIS).

Chef bagi program ini dibawa khas daripada SMK Datuk Peter Mojuntin iaitu En. Hasbullah (guru KH) dan En. Mohd Fadley Fauzi (Kaunselor)

Chef Hasbullah dibantu oleh Chef Mohd Fadley telah menunjukkan cara-cara memasak nasi dagang n dessert puding raja.

Kehadiran peserta seramai 20 orang (terdiri daripada ahli dan bukan ahli PEWANIS) cukup memeriahkan demonstrasi yang dilangsungkan. Sementara menunggu nasi dagang siap dimasak, peserta saling bertukar-tukar cerita antara satu dengan yang lain.


Ini lah gambar masakan yang telah ditunjukkan oleh Chef Hasbullah. Sedap dipandang, lagi enak dimakan. ermmmm wangiannya amat menyelerakan, makan sepinggan nak tambah lagi :-)

Selain demonstrasi masakan, peserta juga turut disajikan dengan jamuan yang bermenukan nasi dagang dan puding raja.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Chef Hasbullah dan Chef Mohd Fadley kerana sudi berkongsi resepi bersama PEWANIS dan menyajikan kami makanan yang sungguh menyelerakan.

Dinner 'Jalinan Mesra'

Majlis Makan Malam 'Jalinan Mesra' anjuran PEWANIS Negeri Sabah telah berlangsung pada 09 April 2010 bersamaan dengan hari Jumaat adalah bersempena dengan selesainya Mesyuarat Agung PEWANIS Negeri Sabah tahun 2010. Majlis tersebut diserikan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah Binti Awang Japar, Penaung PEWANIS.

PEWANIS Daerah Penampang turut sama menghadiri majlis tersebut dan telah menggempakkan lagi suasana majlis dengan persembahan nyanyian dan tarian yang mantap (dengan gelaran penari tegar)

Antara AJK PEWANIS Daerah Penampang yang hadir ialah Pn. Rafidah Hj. Karaman (Pengerusi), Pn. Nurani Fauziah Derin (Tim.Pengerusi), Pn. Lourdes Mary Batin (Setiausaha), Cik Brenda Ann Lojingan (Pen.Setiausaha), Cik. Sabaria Andi Ahmat (Biro Sosial), Pn. Naimah Hj Din (Biro Kebajikan), Pn. Flavia Suimin, Cik Imelda Stephan dan Pn......




Majlis berakhir kira-kira pukul 10.30pm.



Ahli Jawatankuasa PeWaniS 2010


PENGERUSI

Pn.Rafidah Hj Karaman


TIMBALAN PENGERUSI

Pn. Fauziah Fauziah Derin

SETIAUSAHA
Pn. Lourdes Mary Batin

PEN. SETIAUSAHA

Cik Brenda Ann Lajingah

BENDAHARI
Pn.Venancy A Suimen

BIRO SOSIAL

Cik Sabaria Andi Ahmat

BIRO KEBAJIKAN
Pn.Naimah Hj Din

BIRO SUKAN & REKREASI
Cik Norishah Mohamad
BIRO PUBLISITI/ DOKUMENTASI
Pn.Rimah Bt Hj Abd.Jalil

BIROLAWATAN





Pn.Rosie Anthony

Mesyuarat PeWaniS Daerah Penampang Kali-1 Tahun 2010

Mesyuarat PeWaniS Daerah Penampang kali-1 bagi tahun 2010 telah berlangsung pada 12 Feb 2010 bersamaan hari Jumaat bertempat di Bilik Mesyuarat, SMK Limbanak. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut;

i) Ucapan alu-aluan Pengerusi PeWaniS Daerah Penampang
ii) Pembubaran Jawatankuasa PeWaniS 2009
iii) Pelantikan Jawatankuasa PeWaniS 2010
iv) Cadangan Aktiviti Tahun 2010
v) Hal-hal berbangkit

Seramai 14 orang ahli PeWanis hadir pada mesyuarat kali-1 ini dan diharapkan agar lebih ramai lagi ahli akan melibatkan diri pada mesyuarat akan datang dan program-program yang akan dilaksanakan.